Monday, September 28, 2020

Maklumat sekolah

PENGENALAN MAAHAD AL- ITQAN (MITD)


Maahad Al Itqan Li Tahfiz Wa Dakwah (MITD) adalah merupakan entiti utama kepada Kompleks Pendidikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM) yang berfungsi sebagai Pusat Pendidikan Islam yang menjurus ke arah untuk melahirkan tenaga dakwah berkepakaran untuk masyarakat bukan Islam. Di samping itu juga Mahad Al Itqan berusaha untuk melahirkan generasi Al Quran yang mampu memimpin ummah di era yang mencabar ini.

Keperluan seseorang muslim kepada ilmu al- quran adalah sangat penting dan amat mustahak. Untuk itu sebagai menyahut cabaran yang tinggi ini idea penubuhan Maahad Al- Itqan Lil Tahfiz Wa Dakwah (MITD) amat bertepatan dengan kehendak dan tuntutan pada masa kini. Maahad Itqan Li Tahfiz Wa Dakwah merupakan institusi pengajian yang ditubuhkan bagi menghasil pelajar yang berhemah tinggi dan taat patuh kepada Allah dan Rasul.

Maahad Al- Itqan Lil Tahfiz Wa Dakwah (MITD) merupakan sebuah mahaad persendirian yang ditadbir oleh beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Mahaad ini berkonsepkan asrama penuh dan berorientasikan sekolah menengah sahaja. MITD menggunakan kurikulum atau silibus yang dikeluarkan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Maahad Al- Itqan Lil Tahfiz Wa Dakwah (MITD) mula beroperasi pada 1.1.2017 dan YB Dr Nik Zawawi Bin Salleh merupakan pengasas dan juga penasihat kepada kompleks ini. Lokasi mahaad ini terletak di Kampung Tok Has, Besut. Mahaad ini telah beroperasi selama empat tahun iaitu bermula tahun 2017 sehingga sekarang (2020).









No comments:

Post a Comment